Tiada virus Zika di
Malaysia - Kementerian Kesihatan
Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu
rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini, kata Dr
Lokman Hakim. -Gambar fail Astro Awani
KUALA
LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan tiada virus
Zika dikesan di negara ini, namun langkah pencegahan perlu diambil bagi
mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, buat masa ini Zika dikesan di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.
"Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
"Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia.

Tambah Datuk Dr Lokman, mereka yang dijangkiti boleh menjadi "pembawa yang sihat" dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.
"Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80 peratus) tidak menunjukkan gejala dijangkiti.
Menurutnya, penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian.
"Namun Kementerian memandangnya dengan serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian "microcephaly" iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom "Guillain-Barre," katanya lagi.