f [UPDATED] Cara Setup D-Link DSL-2640B / DSL-2750E Untuk Streamyx - www.razifhassan.com
Ini adalah platform interaktif yang membantu memperkaya Wawasan Dengan Pelbagai Konten Membantu. Dalam Blog ni Mempunyai Penulisan Artikel Mengenai Keselamatan, Pekerjaan, Hobi, Rutinitas, Muzik, Astronomi, dan Percintaan Budaya dan Kemajuan Teknologi Selain itu, Anda Akan Mendapat Banyak Panduan Berguna Untuk Kehidupan Seharian. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog tah apa-apa ni. Selamat Membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

[UPDATED] Cara Setup D-Link DSL-2640B / DSL-2750E Untuk Streamyx

D-Link

Pada artikel kali ini,saya akan mengajarkan kepada anda cara untuk setup D-Link DSL-2640B DSL-2750E untuk talian Streamyx anda. Mungkin ada daripada anda tidak tahu cara untuk setup model ADSL D-Link ini untuk talian Streamyx anda.
* Untuk makluman,jenis modem D-Link yang digunakan dalam tutorial ini ialah jenis modem yang kebiasaan dibeli dari kedai komputer,bukan jenis modem yang pihak TM berikan.Anda harus menghubungi pihak TM untuk meminta ID & Password login modem D-Link yang diberikan oleh mereka.
Langkah 1 
Sambungkan modem D-Link tersebut dengan komputer anda menggunakan kabel LAN dan biarkan dalam keadaan “ON”.

Langkah 2
Buka pelayar web anda(contoh Firefox,Internet Explorer),kemudian taip http://192.168.1.1 .

Langkah 3
Kemudian,anda akan dibawa ke halaman baru.Sila masukkan username dan passwordanda.Username dan password default ialah :
Username : admin
Password : admin
Kemudian klik “Login“.



Langkah 4
Anda akan dibawa ke halaman yang baru kemudian,klik butang “Setup Wizard”.





Langkah 5
Klik “Next“.





Langkah 6
Klik “Next“.

Kemudian,ubah katalaluan login webadmin untuk model D-Link anda untuk tujuan keselamatan. Selepas itu,klik butang Next.




Langkah 7
Selepas itu,anda akan diminta untuk  melakukan tetapan pada Masa danTarikh modem anda.Kemudian klik butangNext.




Langkah 8
Bahagian ini merupakan bahagian paling PENTING. Anda boleh ikut tetapan seperti berikut :
Country : Pilih Malaysia, jika Malaysia tiada dalam pilihan,pilih “Others“.
Internet Service Provider : Others
Protocol : PPPoE
Connection Type : LLC
VPI : 0
VCI : 35
Username : nama_akaun@streamyx (Anda boleh mendapatkan username ini dari pihak TM)
Password : (Anda boleh mendapatkan katalaluan ini dari pihak TM)
Kemudian,klik butang “Next“.




Langkah 9

Kemudian anda perlu ubah beberapa tetapan.Masukkan nama wifi yang anda inginkan pada bahagian Wireless Network Name(SSID).
Selepas itu,untuk tujuan keselamatan,pilih security mode WPA-PSK dan masukkan katalaluan untuk wifi anda.Anda juga boleh menggunakan WPA Key Generator untuk mencipta katalaluan wifi anda.


Kemudian,klik butang Next.

Langkah 10
Setelah selesai,klik pada butang “Restart“.Selesai