f Concrete Slump Test - www.razifhassan.com
Ini ialah platform interaktif yang membantu memperkayakan cerapan anda dengan pelbagai kandungan yang berguna. Dalam blog ini, terdapat artikel tentang keselamatan, kerja, hobi, rutin, muzik, astronomi, dan cinta, budaya, kemajuan teknologi dan banyak lagi. Di samping itu, anda akan mendapat banyak panduan berguna untuk kehidupan seharian. Terima kasih kerana melawat blog ini. Selamat membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

Concrete Slump Test

UJIAN PADA KONKRIT  (Slump Test)

i) Tujuan

Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit. Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat.





Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut:

Kandungan air
Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan
Nisbah air/simen 








ii) Cara membuat Ujian

Acuan digunakan ialah berbentuk kun di mana tingginya ialah 305mm.Lihat gambar rajah 1 di bawah. untuk gambar acuan berbentuk kun.




a. Ambil contoh konkrit dan penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama.

b. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli. Lihat gambar di bawah untuk gambar rod keluli.




c. Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan. 

d. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak.

e. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain. Lihat gambar rajah dibawah untuk gambar ujian pemendapan.




f. Catatkan segala keputusan

g. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak.

Penurunan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit. 

Penurunan Ricih (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.

Penurunan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.



Special thanks to 
En. Azham Mat Sohor
Department of Quality