f Ekoran Isu Kenaikan di Eco-Shop Seluruh Malaysia - www.razifhassan.com
Ini adalah platform interaktif yang membantu memperkaya Wawasan Dengan Pelbagai Konten Membantu. Dalam Blog ni Mempunyai Penulisan Artikel Mengenai Keselamatan, Pekerjaan, Hobi, Rutinitas, Muzik, Astronomi, dan Percintaan Budaya dan Kemajuan Teknologi Selain itu, Anda Akan Mendapat Banyak Panduan Berguna Untuk Kehidupan Seharian. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog tah apa-apa ni. Selamat Membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

Ekoran Isu Kenaikan di Eco-Shop Seluruh Malaysia

PANASS!! KEDAI ECO (ECOSHOP) SUDAH MENGUMUMKAN AKAN MENAIK HARGA BARANGAN DARIPADA RM2.10 KEPADA RM2.20 SELURUH CAWANGAN BERMULA DARI  1 DISEMBER 2021!!


Seperti semua orang  tahu, kedai yang digemari oleh kebanyakan rakyat malaysia Eco Shop atau kedai barangan harian yang sering mendapat perhatian serta pengemar kedai merupakan salah satu ‘syurga’ membeli-belah rakyat Malaysia.

Manakan tidak, majoriti item yang dijual di Eco Shop hanya berharga RM2.10 di Semenanjung Malaysia, manakala di kawasan Langkawi, Sabah dan Sarawak, pembeli boleh mendapatkan kebanyakan barang harian di sini dengan harga serendah RM2.20. Ekoran daripada kenaikan harga barangan dan kenaikan harga minyak sejak akhir-akhir ini.

 



Setelah hampir 1 dekad mengekalkan harga RM2.10 sejak kali pertama di perkenalkan di negara ini, Eco Shop Malaysia melalui laman Facebook rasmi hari ini mengeluarkan notis perubahan harga jualan bermula 1 Disember 2021.


Menurut notis tersebut, pihak Eco Shop akan menaikkan harga barang kepada RM2.20 di cawangan Eco Shop di Semenanjung Malaysia, sementara di cawangan Langkawi, Sabah dan Sarawak, harga barangan di Eco Shop akan berubah kepada RM2.40 (sebanyak RM0.30) bagi setiap yang dijual.

 

Dalam pada masa yang sama, pihak Eco Shop turut mengesali pengumuman kenaikan harga tersebut dan kenaikan sebanyak RM0.10 adalah sangat memadai dan berpatutan dengan kepelbagaian item yang jauh lebih murah dari yang lain, berharap para pelanggan terus memberikan sokongan kepada jenama mereka pada masa akan datang.