f Tergempar!!! Asteroid Bersaiz 190 Meter Dijangka Akan Memasuki Orbit Bumi Pada Malam Sabtu Ini - www.razifhassan.com
Ini adalah platform interaktif yang membantu memperkaya Wawasan Dengan Pelbagai Konten Membantu. Dalam Blog ni Mempunyai Penulisan Artikel Mengenai Keselamatan, Pekerjaan, Hobi, Rutinitas, Muzik, Astronomi, dan Percintaan Budaya dan Kemajuan Teknologi Selain itu, Anda Akan Mendapat Banyak Panduan Berguna Untuk Kehidupan Seharian. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog tah apa-apa ni. Selamat Membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

Tergempar!!! Asteroid Bersaiz 190 Meter Dijangka Akan Memasuki Orbit Bumi Pada Malam Sabtu Ini


Sebelum ini, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) telah memberi amaran bahawa asteroid besar akan menghentam Bumi pada bila-bila masa. Agensi itu juga menyeru supaya kajian global tentang ancaman asteroid terhadap planet Bumi dilakukan.

Pentadbir NASA Jim Bridenstine percaya, asteroid prospek akan memusnahkan kehidupan manusia dengan menghentam Bumi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh, atau dilihat sebagai adegan sains fiksyen seperti dalam filem Hollywood.

Memetik laporan akhbar Daily Star pada 16 November 2021 lalu, agensi itu baru-baru ini mendedahkan bahawa sebuah asteroid bersaiz lebih besar daripada London Eye diramal menghentam orbit Bumi pada hujung minggu ini.

Asteroid dinamakan sebagai 2016 JG12 itu pertama kali dikesan pada 3 Mei 2016. Ia kini berada pada jarak hanya 5.98 juta kilometer dari Bumi dan berdiameter kira-kira 190 meter. Bila diukur dengan jarak cahaya, asteroid itu hanya 19 saat dari Bumi.

Meskipun asteroid tersebut akan mengambil masa sedikit lama untuk tiba di orbit Bumi, ahli-ahli astronomi akan memantau rapat pergerakannya kerana jaraknya dianggap tidak begitu jauh.

Sekiranya pergerakannya kekal berada pada trajektori yang sama dan sekadar melintasi Bumi berbanding menghentam planet ini, asteroid tersebut boleh dilihat sekitar pukul 12.23 tengah malam (waktu tempatan), Sabtu ini.

Menurut the-sky.org, asteroid itu akan bergerak pada kelajuan 7 kilometer sesaat pada jarak 5.52 juta kilometer di Bumi. Bagaimanapun, saintis belum dapat mengenal pasti lokasi ia boleh dilihat.


Jika asteroid itu menghentam Bumi, mungkin kesannya sebesar ini. - Foto Getty Images.