f MH370 MASIH KEKAL MISTERI - www.razifhassan.com
Ini adalah platform interaktif yang membantu memperkaya Wawasan Dengan Pelbagai Konten Membantu. Dalam Blog ni Mempunyai Penulisan Artikel Mengenai Keselamatan, Pekerjaan, Hobi, Rutinitas, Muzik, Astronomi, dan Percintaan Budaya dan Kemajuan Teknologi Selain itu, Anda Akan Mendapat Banyak Panduan Berguna Untuk Kehidupan Seharian. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog tah apa-apa ni. Selamat Membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

MH370 MASIH KEKAL MISTERI


"GOOD NIGHT, MALAYSIAN THREE SEVEN ZERO"

Inilah Mesej Terakhir Daripada KOKPIT PESAWAT PENERBANGAN MH370 Pada 8 MARCH Jam 1.09 Pagi Sebelum Ianya Hilang Daripada Imbasan Radar Dan Langsung Tidak Dapat Dikesan.

Hari ini genaplah LAPAN TAHUN MISTERI KEHILANGAN Pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH370 semasa sedang melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. 


DALAM KENANGAN 8 MAC 2014 - 8 MAC 2022

Pesawat Penerbangan MH370 gagal dihubungi selepas 49 minit ianya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur @ KLIA iaitu pada jam 12.41 malam/pagi tanggal 8 Mac 2014.

Sebelum kehilangannya, Pesawat Penerbangan MH370 ini menjalani penerbangan yang normal & tidak menunjukkan sebarang tanda² mencurigakan, tiada isyarat kecemasan, cuaca buruk mahupun kepincangan teknikal. 


USAHA GERAKAN MENGESAN & MENCARI

Sepanjang gerakan operasi pencarian dijalankan pada 2015 & 2016, terdapat beberapa penemuan serpihan badan pesawat telah ditemui di pesisiran pantai barat Lautan Hindi. Hasil siasatan daripada penemuan² itu semua mendapati tiada satu pun serpihan yang ditemui itu adalah ASLI, SAH & TULEN yang merupakan sebahagian daripada pesawat malang Penerbangan MH370.

Segala kajian, penemuan & teori daripada pakar² penerbangan dalam bidang berkaitan, tiada satu pun yang dapat menjawab persoalan yang berbangkit untuk menjelaskan misteri kehilangan Pesawat Penerbangan MH370 sehingga hari ini.




TIADA PENEMUAN BARU SEHINGGA KINI

Tiada sebarang petunjuk dan juga bukti baharu mengenainya ditemui bagi meneruskan mahupun mengerakkan semula pencarian misteri kehilangan Pesawat Penerbangan MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada lapan tahun lalu itu.

Segalanya masih lagi belum terungkai tentang misteri kehilangan pesawat malang Boeing 777-200 ini.


50 PENUMPANG WARGANEGARA MALAYSIA

Ketika berlakunya episod tragis tersebut, Pesawat Penerbangan MH370 ini membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal bersamanya...153 daripada penumpangnya adalah warga China sementara 50 orang adalah warga Malaysia termasuk anak kapal. Penumpang selebihnya adalah daripada 12 negara berbeza antaranya Indonesia, Australia, India, Perancis & A.S.


SAMA²LAH KITA MENDOAKANNYA

Dengan Izin Allah SWT suatu hari nanti pesawat penerbangan MH370 ini pasti ditemui dan segala kekusutan serta persoalan mengenainya selama ini akan terjawap. Tiada Yang Mustahil Dengan Izin-nya.


AL FATIHAH BUAT YANG BERAGAMA ISLAM

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

بِسْـــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِاٌلرَّحِيْـــمِ

أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ * اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ * مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ * إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ * إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ * صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ *

آمِـــــــــين


Akhir kata

Semoga Roh Mereka Yang Beragama Islam Ditempatkan Dikalangan Orang² Yang Beriman Dan Beramal Soleh Amin.

Dan tak lupa juga pada mereka yang bukan Muslim "REST IN PEACE".