f LEBAM BIJI MATA - www.razifhassan.com
Ini ialah platform interaktif yang membantu memperkayakan cerapan anda dengan pelbagai kandungan yang berguna. Dalam blog ini, terdapat artikel tentang keselamatan, kerja, hobi, rutin, muzik, astronomi, dan cinta, budaya, kemajuan teknologi dan banyak lagi. Di samping itu, anda akan mendapat banyak panduan berguna untuk kehidupan seharian. Terima kasih kerana melawat blog ini. Selamat membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

LEBAM BIJI MATA

Bukan Dari Kosong: Mengapa Teori Big Bang Perlu Dinilai Semula | RazifHassan.com

Bukan Dari Kosong: Mengapa Teori Big Bang Perlu Dinilai Semula

Analisis Kritis Terhadap Emerjensi Alam Semesta

Oleh: Razif Hassan

Selama berdekad, kita didoktrin dengan naratif bahawa alam semesta bermula daripada "kosong" (nothingness) yang tiba-tiba meledak menjadi "sesuatu" (something). Namun, sekiranya kita menyelami disiplin ilmu dengan jujur, naratif ini langgar dinding apabila berhadapan dengan hukum termodinamik dan mekanik kuantum. Alam tidak bermula dari kosong; ia bermula dari satu fasa mampat yang aku istilah sebagai Jasad Besar.

"Jawapan tak tahu bukanlah bodoh, tapi sebab bahasa dan matematik kita lahir terlalu lewat."

1. Mitos Singulariti: Bila Matematik Mengaku Kalah

Einstein pernah angkat tangan bila ditanya apa yang ada pada detik kosong. Beliau memilih untuk "bersiul" dan meletakkan Kad Joker melalui pemalar kosmologi. Hakikatnya, singulariti hanyalah satu kegagalan matematik. Apabila ketumpatan menghampiri infiniti, persamaan kita pecah. Jasad Besar yang mampat ini terikat dengan Perlembagaan Alam—iaitu satu set kekangan murni yang memastikan apabila simetri pecah, besi kekal menjadi besi dan emas kekal menjadi emas.

Soalan Panas: Adakah alam semesta mempunyai memori untuk membentuk jirim?
Jawapan: Alam tidak memerlukan memori sedar. Seperti air yang membeku menjadi kristal enam segi kerana kekangan fizikal suhu, jirim terbentuk kerana ia adalah satu-satunya konfigurasi stabil yang dibenarkan oleh struktur asal Jasad Besar.

2. Ruang: Bukan Bekas, Tetapi Jaringan

Ramai menyangka ruang adalah pentas kosong yang sedia wujud. Ini kesilapan besar. Ruang adalah hasil (emergent property) daripada Quantum Entanglement. Jarak fizikal yang kita ukur hari ini hanyalah manifestasi kepada kekuatan atau kelemahan korelasi maklumat. Apabila korelasi maklumat antara darjah kebebasan kuantum semakin susut (decoherence), maka persepsi "jarak" mula muncul. Ruang adalah kain tenunan maklumat; tanpa hubungan, tiada ruang.

3. Masa: Jam Yang Lahir Dari Perubahan

Masa bukan sungai yang mengalir bebas. Mengikut Page-Wootters Mechanism, masa lahir daripada perubahan susunan entanglement. Sekiranya jasad awal kekal statik tanpa perubahan hubungan maklumat, masa tidak akan berdetik.

Arah aliran masa (Arrow of Time) adalah bukti bahawa maklumat awal telah diregangkan secara asimetri. Kita merasakan "sekarang" kerana kita berada di titik proses perubahan maklumat tersebut sedang berlaku. Masa bukanlah saksi, masa adalah produk sampingan daripada evolusi hubungan maklumat.

"Ketidakpastian itu muncul dari ketidakmampuan kita dalam menjelaskan sesuatu."

Kesimpulan Wacana

Mematahkan teori Big Bang "dari kosong ke sesuatu" bukan bermakna kita menolak sains, tetapi kita sedang memperbetulkan hala tuju sains. Alam semesta adalah satu kesinambungan maklumat yang sangat berdisiplin. Kita hidup dalam bayang-bayang korelasi purba yang kini kita tafsir sebagai galaksi, bintang, dan diri kita sendiri.

Buku Lebam Biji Mata

Bakal Terbit: LEBAM BIJI MATA

Hampir sepuluh tahun kajian dan pemerhatian dirangkumkan dalam naskah ini. Inilah buku yang bakal mematahkan dogma lama dan membawa hampa melihat alam semesta melalui mata korelasi maklumat yang mendalam.

"Jangan biarkan matematik yang lewat menghalang hangpa dari memahami hakikat permulaan."

Daftar Minat & Pre-Order

© 2026 Razif Hassan Lebam Biji Mata | razifhassan.com