f Konflik Pembekal Konkrit vs. Kontraktor - www.razifhassan.com
Ini adalah platform interaktif yang membantu memperkaya Wawasan Dengan Pelbagai Konten Membantu. Dalam Blog ni Mempunyai Penulisan Artikel Mengenai Keselamatan, Pekerjaan, Hobi, Rutinitas, Muzik, Astronomi, dan Percintaan Budaya dan Kemajuan Teknologi Selain itu, Anda Akan Mendapat Banyak Panduan Berguna Untuk Kehidupan Seharian. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog tah apa-apa ni. Selamat Membaca..!!
Copyright © 2025 by www.razifhassan.com. All content on this blog, including but not limited to text, images, videos, and graphics, is the property of the author unless otherwise stated.. Dikuasakan oleh Blogger.

Konflik Pembekal Konkrit vs. Kontraktor

Konflik Pembekal Konkrit vs. Kontraktor: Kualiti ke Laut?

Konflik Pembekal Konkrit vs. Kontraktor: Kualiti ke Laut?

Oleh: simenputeh

8 April 2025

Okay geng, jom borak pasal satu hal yang selalu bikin pening kepala dalam dunia konkrit ni. Tajuk dia: "Konflik Pembekal Konkrit vs. Kontraktor: Kualiti ke Laut?"

Kami adalah sebagai orang yang hari-hari berkecimpung dengan bancuhan simen, batu, pasir, dan air ni, satu benda yang kami pegang kuat adalah kualiti. Ibaratnya macam ni, konkrit yang kami hantar tu nyawa bangunan korang. Kalau tak betul bancuhannya, alamatnya bahaya la jawabnya.

Tapi, biasalah kan, dalam projek ni macam-macam ragam. Yang paling sering bikin kami garu kepala adalah kerenah kontraktor yang kadang-kadang nak "shortcut" kerja. Salah satu "shortcut" paling maut adalah tambah air lebih dari yang sepatutnya. Alasannya? Mudah nak tuang, cepat siap katanya.

Memang la nampak macam senang, konkrit jadi cair macam bubur nasi. Tapi korang tahu tak apa padahnya? Inilah yang kami sebut "slump collapse". Konkrit tu dah hilang kekentalan, lembik sangat sampai tak boleh nak pegang bentuk. Dari sudut kualiti, ini memang haram hukumnya!

Padah Konkrit "Basah"

Jangan ingat konkrit lembik ni tak ada efek buruk. Ini antara padah yang boleh terjadi:

  • Kekuatan Jatuh Merudum: Ibarat badan kita la, kalau air banyak sangat, tenaga pun kurang. Sama juga dengan konkrit, air lebih buat ikatan simen jadi lemah, akhirnya kekuatan konkrit pun jatuh menjunam.
  • Konkrit "Bersepah" (Segregasi): Bila terlalu cair, batu-batu besar dalam konkrit tu boleh terpisah dari bancuhan simen. Hasilnya, konkrit jadi tak homogen, ada tempat kuat, ada tempat lemah. Macam mana bangunan nak tahan lama kalau macam ni?
  • Air "Muncul Atas Permukaan" (Bleeding): Air yang berlebihan akan naik ke permukaan, tinggalkan lapisan lemah macam debu simen (laitance). Lapisan ni menghalang lekatan antara lapisan konkrit seterusnya. Bayangkan macam nak tampal dinding tapi ada habuk tebal kat tengah-tengah. Tak lekat, kan?
  • Ketahanan Pun Kurang: Konkrit yang lemah dan retak senanglah air dan bahan kimia masuk. Lama-lama, konkrit boleh mereput, besi kat dalamnya pun berkarat. Pendek kata, bangunan jadi "cepat tua".
  • Risiko Runtuh: Ini yang paling ngeri. Kalau kualiti konkrit teruk sangat, struktur bangunan boleh jadi tak stabil dan berisiko runtuh. Nyawa orang pun boleh melayang!

Faham tak kenapa kami sebagai pembekal konkrit tak kira Pemandu Lori Konkrit atau Juruteknik selalu "berperang mulut" dengan kontraktor pasal isu tambah air ni? Bukan kami nak menyusahkan kerja diorang, tapi kami bertanggungjawab menjaga kualiti produk yang kami hantar, di sinilah tempat periuk nasi kami demi sara keluarga kami. Takkan kami sanggup merosakkan imej syarikat dengan mengabaikannya kualiti produk kami, mana tempat lagi kami nak jamin?

Habis tu, Macam Mana Nak Selesai?

Takkan nak bergaduh je kan? Mesti ada cara nak bagi semua pihak happy tanpa korbankan kualiti. Ini beberapa cadangan kami:

  1. Komunikasi Kena Mantap: Kami kena rajin-rajin terangkan kenapa tak boleh tambah air sesuka hati secara keadaan konsisten. Kontraktor pun kena terbuka hati dengar penjelasan. Kalau dua-dua faham, insyaAllah tak ada salah faham.
  2. Guna "Ubat Kuat" Konkrit (Admixture): Sekarang ni ada macam-macam bahan tambah (admixture) yang boleh buat konkrit lebih mudah dikerjakan tanpa perlu tambah air banyak. Contohnya superplasticizer. Benda ni memang power, konkrit jadi lebih "licin" tapi kekuatan tetap terjaga.
  3. Pengawasan Jangan Longgar: Pihak yang bagi projek (klien) atau konsultan bagi pihak kami pemandu lori main peranan penting, mereka ibarat mata syarikat konkrit. kedua dua² kena pantau betul-betul masa konkrit dituang. Kalau nampak kontraktor main tambah air, tegur je!
  4. Kontrak Kena Jelas: Dalam perjanjian kerja tu, kena tulis hitam putih pasal spesifikasi konkrit, termasuk had slump yang dibenarkan dan larangan tambah air tanpa kebenaran.
  5. (👆👆Gambar Hiasan👆👆)

  6. Kerjasama Itu Indah: Pembekal dan kontraktor ni sebenarnya macam partner. Kalau boleh kerja sama baik-baik, saling percaya, mesti kerja pun jadi lancar dan hasil pun memuaskan hati semua.

Sebagai pembekal konkrit, kami bukan nak menyusahkan kontraktor. Kami cuma nak pastikan setiap bangunan yang didirikan tu kukuh dan selamat. Kualiti konkrit ni ibarat tapak rumah, kalau tapaknya goyang, macam mana rumah nak berdiri tegak?

Jadi, mari sama-sama kita utamakan kualiti. Jangan demi nak cepat kerja, keselamatan dan kekuatan bangunan jadi taruhannya. Ingat, konkrit yang berkualiti adalah jaminan masa depan!