Kajian Penggunaan Serat Fiber dalam Campuran Konkrit
Pengenalan
Dalam dunia kejuruteraan moden, penggunaan serat fiber dalam campuran konkrit semakin mendapat tempat. Ia membantu memperbaiki ciri-ciri mekanikal konkrit, meningkatkan daya tahan, mengurangkan retakan pengecutan, dan memperbaiki keutuhan struktur selepas rekahan.
Jenis-Jenis Serat & Kegunaannya
Jenis Fiber | Ciri-Ciri | Kegunaan |
---|---|---|
Polypropylene | Ringan, tahan kimia, murah | Retakan permukaan, konkrit pratuang |
Steel Fiber | Kuat, tahan lenturan | Lantai industri, slab jalan |
Glass Fiber | Tahan alkali, fleksibel | Pembinaan seni bina, facade |
Basalt Fiber | Tahan suhu & kakisan | Struktur marin & terowong |
Kelebihan Serat Fiber dalam Konkrit
- Meningkatkan kekuatan tegangan dan lenturan
- Mengurangkan retakan pengecutan plastik
- Menambah baik daya tahan hentakan
- Meningkatkan "post-crack load capacity"
- Meningkatkan ketahanan terhadap kehausan
Piawaian Rujukan
- ASTM C1116: Piawaian untuk konkrit bertetulang serat
- ACI 544: Laporan tentang Fiber Reinforced Concrete
- MS EN 14889-1 & 2: Piawaian serat sintetik & keluli dalam konkrit
Kajian Kes Tapak (Makmal Loji)
Kajian Kes Tapak (Makmal Loji)
Terdapat 3 gambar dibawah menunjukkan hasil pemerhatian konkrit yang mempunyai Real PP Fiber (Real Point). Serat Fiber Polypropylene yang telah dimasukkan ke dalam campuran 1m³ pada kadar 0.9kg/m³ (per beg). Menunjukkan hasil penyebaran rawak yang sekata setelah beberapa 25 jam.
Dalam ujian ketahanan impak (Drop Weight Test), sampel fiber menunjukkan peningkatan 26% dalam tenaga serapan berbanding konkrit biasa. Ujian lenturan (ASTM C1609) menunjukkan peningkatan dalam toughness index sebanyak 35%.
Cabaran dan Langkah Kawalan
- Pengagihan tidak sekata - gunakan "high shear mixer"
- Clumping fiber - perlu "pre-blending" dengan pasir
- Menurunkan slump - pampas dengan superplasticizer
Kesimpulan
Penggunaan fiber dalam konkrit jelas memberi kelebihan dari sudut prestasi struktur dan ketahanan jangka panjang. Namun, kawalan kualiti semasa pencampuran dan rujukan kepada piawaian adalah kunci utama keberkesanan teknologi ini.
Ditulis oleh: simenputeh
Sumber & rujukan lanjut: ASTM, ACI, MS EN